ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

21 July 2009

Era najib Altantuya : Utusan dan BH cuba jadikan Beng Huat sebagai isu pekauman

Orang ramai membakar naskah Utusan Mingguan dan Berita Harian kerana cubaan dua akhbar kawalan UMNO itu menjadikan kematian Beng Huat sebagai isu perkauman Cina-Melayu.

Mereka meluahkan rasa marah dan jijik mereka pada perhimpunan untuk menunjukkan sokongan kepada keluarga Beng Huat dan bagi menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kematian itu dan penyelewengan kuasa SPRM di bawah telunjuk Umno-BN.

Ketua Pengarang Kumpulan NST, Zainul Arifin menulis dalam BH Ahad lalu bahawa ada cubaan untuk menyalahkan institusi yang dipimpin oleh kaum Melayu bersabit kematian Beng Huat.

Beliau menyifatkan tindakan mempertikaikan kewibawawaan SPRM bersabit kematian Beng Hock sebagai "mempersoalkan kebolehan orang Melayu."

Dalam rencananya, Zainul menyifatkan Beng Hock sebagai "mangsa kemalangan" dan mempersoalkan kenapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang Melayu, mahu membawa pakar bedah siasat swasta untuk menjalankan pemeriksaan berkecuali ke atas Beng Huat.

"Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya," tanya Zainul yang dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri Najib Razak awal bulan ini.

"Apabila mangsa kemalangan bukan orang Cina dan penyokong, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya," tambah Zainul.

Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia pula mendesak SPRM terus menyiasat wakil rakyat Pakatan dan berkata misteri kematian Beng Huat tidak boleh diselesaikan dengan tunjuk perasaan dan tuduhan liar.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali kesal dengan cubaan dua akhbar itu cuba menjadikan kematian Beng Hock sebagai modal untuk membakar sentimen orang Melayu.
Dua akhbar itu juga diperalatkan untuk menutup angkara Umno menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Jadi tujuan akhbar menyatakan ini isu perkauman ini ialah supaya Umno mengelak tanggungjawab dalam hal ini kerana mereka tahu mereka telah menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor. Ini bukan isu perkauman. Ini isu kezaliman ke atas seorang yang mati semasa disiasat di bangunan SPRM. Isu ini sengaja dipolitikkan sebagai isu perkauman oleh Umno. Yang jelas kemarahan terhadap kematian ini bukan datang dari orang Cina sahaja bahkan orang Melayu dan India juga marah," kata Syed Hussin.

Pemimpin PAS Husam Musa berkata konsep Islam amat mudah. "Membunuh satu nyawa sama seperti membunuh semua manusia, tidak kira mereka bangsa Melayu, Cina atau India. Beng Hock adalah adik kita, saudara kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk menuntut pembelaan," tegas beliau.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails