ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

09 September 2012

Gambar sekitar Majlis jamuan AidilFitri Pas caw.Sri Nervillia,Jab.Amal dan Briged Amal.





Read More

04 September 2012

Nyawa,maruah pemimpin Pakatan juga bernilai.


Idris Ahmad, 04 Sep 2012
Pemimpin Umno membuat fitnah kepada Pakatan Rakyat kononnya akan menukar bendera apabila memerintah nanti.
Bulan Syawal masih ada, puasa Ramadan tidak memberi apa-apa kesan ke dalam diri mereka. Semuanya matlamat menghalalkan cara.

Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan tidak pernah ada perbincangan langsung untuk menukar bendera, cuma yang ada hanya untuk menukar kerajaan.

Apabila dicabar di mana, minit mesyuarat mana semuanya tidak disambut sebaliknya media mereka meneruskan pesta fitnah untuk memastikan rakyat takut kepada Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada pihak polis yang terus menubuh pasukan penyiasat untuk menyiasat isu bendera dan pijak gambar Datuk Seri Najib pada malam Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012.

Cuma rakyat tertanya-tanya apa pula tindakan terhadap keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Apakah nyawa dan maruah pemimpin Pakatan Rakyat tidak ada nilai? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak berhak untuk bergerak bebas di dalam negara ini? Apakah parti PAS, DAP dan PKR parti haram?

Mereka yang membuat ganggu terus bermaharajalela. Di manakah keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang?

Mana tindakan tegas terhadap keganasan demonstrasi kepala lembu di Shah Alam pada 28 Ogos 2009. Ini demonstrasi penghinaan pada agama. Nasib baik provokasi ini tidak disambut, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat mengawal keadaan.

Apa khabar mengenai  serangan kepada Haji Mohamad Sabu yang berceramah di Seremban pada 24 September 2011 sehingga ada yang cedera. Begitu juga gelagat samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat di Lembah Pantai pada 25 Mei 2012 sehingga ada yang cedera.

Mana tindakan terhadap mereka yang menyerang Nazir Masjid al-Solihin Teras Jernang, Bangi ketika pemilihan Jawatankuasa Masjid  10 April 2012.

Begitu juga beberapa serangan terhadap YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang, penghinaan dengan membawa kek najis kepada Lim Guan Eng.  Apa tindakan terhadap mereka yang memijak gambar beliau? Beliau menjadi Ketua Menteri dipilih mandat oleh rakyat. Kenapa layanan begitu rupa terhadap beliau?

Bas Jelajah Merdeka anjuran PKR diserang dan disimbah cat merah di Kota Baharu pada 1 September 2012.

Terbaru peristiwa baling kasut dan mengganggu tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 2012 di  Masjid Pumpung Alor Setar. Semuanya rakyat memerhati dan berfikir, adakah pemimpin Umno kebal dan bebal.
by:harakahdaily.
Read More

31 August 2012

Kantoi...Bendera Malaysia:Umno tiada modal,fitnah PR


http://greenboc.blogspot.com, 01 Sep 2012
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen




Read More

27 August 2012

Read More

Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz

Rizal Tahir,27 Ogs 2012
MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.

Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya.
Read More

11 June 2012


Bersih 3.0: Menteri KDN patut tanggung kerugian

Mohd Sayuti Omar,11 Jun 2012
Kalau Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein bersama polis bijak membaca keadaan dan pandai menguruskan keselamatan awam negara tidak mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juta dalam tempoh hanya beberapa jam saja. Tetapi kerana Hishammuddin dan pasukan polis tidak bijak menyebabkan wang sepatutnya boleh digunakan untuk membeli uniform baru polis hangus begitu sahaja.

Kerugian wang negara sebanyak RM1.8 juga itu kerana digunakan untuk mengawal himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Jumlah itu tentulah untuk membayar gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan himpunan dan juga tanggungan-tanggungan lain termasuk membayar rawatan anggota polis cedera dalam himpunan berkenaan.

Angka itu dikeluarkan hari ini oleh kementerian dalam negeri di parlimen bagi menjelaskan pertanyaan wakil rakyat DAP Batu Gajah (Fong Po Kuan).


Dalam kejadian itu kementerian dalam negeri memberi tahu sebanyak 909 kelongsong gas pemedih mata digunakan pada himpunan pada 28 April itu di mana jumlah tersebut tiga kali ganda daripada yang digunakan dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas. Jumlah ini mengesahkan bahawa Bersih 3.0 lebih hebat dan ramai berbanding dengan kehadiran pada Bersih 1.0 dan Bersih 2.0.


Turut sama dijelaskan sebanyak 58 lagi jenis gas yang dibaling dengan tangan terhadap para himpunan. (Cis... kepada polis jahat).


Barang kali wajar kalau mana-mana parti bakal membentuk kerajaan di masa akan datang tidak melantik orang-orang yang tidak bijak ataupun kurang akal dalam menyelesaikan apa juga isu membabitkan rakyat kerana disebabkan kelemahan itu kerajaan terpaksa mengalami kerugian. Bayangkan kalau menteri dalam negeri dan juga perdana menteri gentleman membenarkan himpunan itu berlangsung secara aman negara tidak mengalami kerugian sebanyak itu dan wang RM1.8 juga boleh diagihkan untuk perkara lebih berfaedah.


Sebenarnya kalau hendak dihitung jumlah kerugian itu bukan saja bagi kerajaan tetapi peserta juga mengalami kerugian sama. Betapa tidak beratus buah telefon bimbit, kamera, kereta, motosikal juga mengalami kemusnahan disebabkan kerakusan polis.  Semasa peserta himpunan lari bercelidar disebabkan amukan polis, berbagai peralatan peribadi termasuk dompet, beg tangan, gedget, kasut, selipar dan pelbagai peralatan IT bertaburan di  jalanan.

Semoga untuk masa akan datang kejadian seperti itu (yang boleh dilakukan dengan baik) tidak diurus dengan rakus semata-mata kerana kerajaan UBN ingin memberi gambaran kepada umum yang himpunan Bersih jahat. Kini orang ramai dapat menilai sendiri siapa yang selama ini mengkhianati harta benda negara ataupun membelanjakan wang negara di tempat tidak wajar dan mengetahui apakah punca dan di mana kelemahannya. -http://www.msomelayu.blogspot.com/
Read More

05 June 2012


Kembali ke era pemuda Umno tahan lasak

Subky Latif,05 Jun 2012
KEKECOHAN dan gangguan terhadap ceramah PKR yang  dihadiri oleh Anwar Ibrahim di  Lembah Pantai malam Khamis 24 Mei 2012 adalah rentetan UMNO kembali  ke era Pemuda UMNO tahan lasak pra 13 Mei, 1969.

Pemuda UMNO masa itu dipimpin oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman. Saya mengenali Senu dari dekat. Dia seorang yang baik dan berfikiran maju tetapi bukan seorang yang samseng.

Tetapi orang di bawah beliau ada yang ultra dan samseng. Maka dia hilang kawalan terhadap anak buahnya. Pemuda UMNO zaman itu mungkin ramai dan kuat, tetapi tidak dihormati. Mereka  digerusi dan ditakuti. Dalam mana-mana politik  duniawi adalah orang keras dan pelampau iaitu ektrimis. Tetapi Pemuda UMNO tahan lasak pelampau, sebaliknya samseng yakni gangsterisma. Mereka kaki pukul, kaki gaduh dan kaki kacau.

Pembangkang penting dan utama era itu adalah PAS. PAS banyak pengalaman menjadi mangsa politik ranggi itu. Ia adalah era paling hitam bagi Pemuda UMNO.

Sejak Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara dan Tun Musa Hitam menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO  di bawah Dato Harun Idris, sifat samseng Pemuda tahan lasak itu mula dibendung dan orang lupa kepada samsengnya.

Tetapi ia mulai kembali ke   zaman huduh itu apabila ceramah pembangkang mulai diganggu. Penunggang motosikal bukan sekadar menggamatkan dentum bunyi motorsikal masing-masing bah meronda seperti mat sempit berdekatan majlis ceramah pembangkang. Ia amat mencabar kesabaran pembangkang.

Mulai semula budaya UMNO mengadakan ceramah kilat beberapa rantai dari ceramah PAS. Sejak dulu dan sekarang ceramah UMNO tidak berorang. Maka ia tidak banyak mengadakan ceramah. Yang rajin mengadakan ceramah ialah pembangkang terutama  PAS. Ceramah selalunya ada sambutan. UMNO pun suka mendengar ceramah pembangkang di celah-celah gelap malam.

Tetapi selalunya bila ada ceramah pembangkang biasalah UMNO mengadakan ceramah segera kadang-kadang berhadapan dan bersebelah dengan ceramah pembangang. Bukan  ramai yang mendengar mereka, tetapi cukup mengacau, menghalang orang pergi ke ceramah pembangkang dan mengganggu yang hadir ke ceramah mendengar ceramah itu.

Gangguan itu mudah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku dalam ceramah PKR di  Lembah Pantai itu.

Percayakah orang bahawa yang mengganggu itu bukan UMNO? Sama ada ia dilakukan oleh UMNO atau oleh sesiapa saja selain UMNO, tetapi persepsi orang ia adalah UMNO.

Boleh jadi bukan oleh UMNO. Tetapi sasaran ceramah itu selain dari menerangkan dasar dan perjuangan partinya, ia juga bagi menegur kelemahan kerajaan dan  di mana tidak kenanya UMNO dalam berbagai perkara. Payah bagi pihak yang  tidak berkenaan untuk memberi reaksi atas sasaran ceramah pembangkang.

Mungkin ia angkara orang lain, tetapi orang tetap kata ia khianat UMNO. Maka UMNO mesti menjaga kesabarannya sebagai pengamal demokrasi yang matang menjauhkan diri tohmah dikatakan samseng.

Orang yang tidak serorok dengan ceramah Anwar adalah UMNO totok saja.  Orang lain sanggup pergi ke mana-mana untuk mendengarnya. Teremasuk orang UMNO. Mana ada penceramah politik  dalam dunia yang tidak membidas dan mengecam lawan politik. Bukan  UMNO kalau dia tidak kata PAS, PKR dan DAP tidak baik. Kalau pembangkang boleh sabar apa UMNO kata kepada mereka termasuk mengata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir, maka UMNO yang berpolitik lebih 60 tahun sanggup belajar dari perkara itu.

Jika Anwar tidak diterima orang sebagai pemimpin dan tiada orang hendak mendengarnya lagi, maka mengapa ceramahnya diganggu. Kalau orang sudah  tidak bersamanya, nescaya tiada lagi yang mendengarnya. Bila yang mendengarnya, dia pun tidak berceramah lagi. Jika UMNO tidak suka ceramahnya, UMNO boleh arah orang UMNO dan penyokongnya mendengar ceramahnya. UMNO jangan pergi mendengarnya.

Masalahnya UMNO pun ramai yang hendak mendengarnya. Kerana UMNO  tidak terdaya menangkis serangannya dan tidak dapat menafikan kebaikan yang kerajaan pembangkang buat, maka cara mudahnya, ia balik ke alam samseng.

Najib mahu UMNO dan rakyat berfikir dan bertindak mengikut kelas  dunia pertama, ketika semua orang sudah masuk ke kelas dunia pertama, UMNO masih berada di kelas dunia ketiga. UMNO tahan lasak lebih terkebelakang dari kelas dunia ketiga.
Read More
Related Posts with Thumbnails